SEJARAH NASYID NADAMURNI
Written By Rudianto on Selasa, 08 September 2009 | 13.34
Pada era tahun 80 an, ketika irama rock menguasai pentas hiburan, ketika kaum muda mudi mengenakan pakaian serba ketat dan tshirt matahari, rambut kribo dan kasut aliph menjadi ikutan di seluruh manca negara, ketika itulah juga kumpulan Nadamurni hadir, tidak ada yang sadar akan kemunculannya. Berawal hanya dengan membuat pementasan di majlis-majlis Taklim, ceramah-ceramah, dan yang paling menyedihkan mereka merakamkan albumnya didalam saluran air di Sungai Penchala. Waktu itu mereka belum ada studio ataupun alat musik. Mereka hanya bernasyid bersama dengan satu nada saja. Di waktu itu juga mereka belum menamakan grup/kumpulan nasyid mereka. Mereka dikenal sebagai kumpulan nasyid Putera-putera Al Arqam Malaysia. Diantara nasyid-nasyid awal mereka ialah seperti,
-Masyarakat islam telah bermula
-Tanpa agama
-Mari mari kita sejenak mengingat
-Maridhallahuilla
-Kholidubilquran
-Islam yang telah berkembang
-Di pondok kecil
-Disini kami berkumpul
-dan banyak lagi
Kemudian, bila mereka mendapat bantuan, mereka mula mengenakan pakaian seragam seperti jubah putih dan serban putih.Mereka juga sudah mempunyai sistem audio,dan mereka juga sudah ada studio sederhana. Tetapi mereka masih tidak menggunakan alat musik seperti kompang dan sebagainya. Mereka terus merekamkan albumnya dan membuat persembahan di majlis-majlis ceramah anjuran Al Arqam. Pada waktu itu Allahyarham Ust Asri Ibrahim membuat penampilan pertama nya sebagai vokalis utama kumpulan ini, ketika itu mereka masih menggunakan nama Putera-putera Alarqam malaysia, kadang-kadang mereka juga di cover album mereka menggunakan nama Syukbah Kebudayaan Alarqam. Album mereka sangat laris di pasaran ketika itu, karena mereka menjual kaset-kaset mereka dari rumah kerumah, mereka juga di support oleh semua ahli-ahli alarqam. Boleh dikatakan setiap ahli alarqam membeli album mereka, lagu-lagu mereka juga menjadi senandung pelajar-pelajar alarqam di seluruh dunia. Bagi jamaah alarqam itu itu saja hiburan untuk mereka. Setiap kali aktivitas menerbitkan surat kabar atau risalah alarqam oleh pelajar-pelajar tersebut, mereka pasti akan turut menjual kaset-kaset mereka. Manakala lagu-lagu mereka semakin hari semakin ada peningkatan, tetapi mereka masih tidak menggunakan alat musik, mereka hanya menyusun cara penyampaian dengan memasukkan suara latar anak-anak, suara harmoni, suara bass dan selingan sajak dari Dinie Juri dan Pak Nora. Diantara lagu-algu yang direkam distudio awal mereka diantaranya:
-Maulana
-Yarobbi sallimna
-Sifat 20
-Harapanku padamu subur kembali
-Sampailah waktu
-Bila izrail
-Dll
Diantara album yang paling laris waktu itu ialah album Kelahiran. Boleh dikatakan setiap anggota alarqam memiliki album ini. Persembahan mereka juga sudah mulai memperlihatkan kemajuan, apabila mereka mengenakan pakaian yg terbaru seperti jubah putih kilat serta meletakkan rompi, serban tebal atau serban turki berwarna hitam, dan kasut hitam. Mereka juga kadang-kadang menggunakan serban turki berwarna hijau sebagai selendang. Sambutan kepada mereka juga semakin hari semakin meriah. Mereka sudah mulai membuat persembahan di dewan-dewan besar, di perkarangan masjid dan tempat-tempat keramaian. Setiap kali ada persembahan mereka, pasti banyak yang datang untuk menyaksikan penampilan mereka, dan mereka juga menjual kaset-kaset mereka pada waktu konsert tersebut. Hari demi hari mereka makin meningkat, Bagi mereka , melihat sambutan semakin meriah, mereka harus memberikan satu nama,dengan memberi nama kepada kumpulan ini, menggunakan alat musik yang tidak melanggar syariat dan membuat studio yg baru dan lebih canggih,mereka juga sudah ada kenderaan sendiri untuk show, mereka juga sudah mulai mencari pelapis untuk dimasukan ke kumpulan mereka, biasanya mereka akan mengambil pelapis dari sekolah-sekolah atau yayasan alarqam seluruh negara. Sebenarnya mereka tidak mempunyai masalah dengan pelapis, kerana ternyata pelajar-pelajar alarqam mempunyai bakat, dan minat yg mendalam untuk menjadi penasyid. Maka bermulalah era Nadamurni. Setelah perbincangan mereka sudah bulat suara setuju menggunakan nama Nadamurni sebagai nama yang baru bagi menggantikan nama yang lama. Diantara anggota-anggota asal Nadamurni ialah
-Asri Ibrahum
-Isman Nadim
-Rahmat Shafie
-Asri Ubai
-Faizal Osman
-Yusof sabri
-Amin
-Rosman
-Hamzah
-Hashim Ngadiman
-Dan masih banyak lagi.
Sewaktu kemunculan album pertama menggunakan nama Nadamurni mereka sudah mulai menggunakan kompang dan alat-alat musik tradisional yg lain. Waktu itu sambutan sangat bagus. Bagi seluruh jamaah alarqam dan juga pelajarnya, mereka menganggap nadamurni sudah menjadi artis yg sejajar dengan artis lain, mereka menyanjung kumpulan ini, mereka sentiasa menyanyikan dan bercerita tentang kumpulan ini. Ia bagaikan satu fenomena baru pada waktu itu, diantara album setelah mereka menukar nama menjadi Nadamurni ialah :
-Bisikan aidilfitri
-Munajat
-Potret Aidilfitri
-Cahaya Di Ufuk Timur
-Kasih Sayang
-Balada Makkatul Mukarramah
-Untukmu Rasulallah
-Dan lain-lain.
Mereka juga telah mendirikan syarikat rakaman sendiri yg diberi nama Odio Video AlArqam (OVA) production . Dintara produk mereka pula ialah video ceramah, kaset nasyid anak-anak, kaset nasyid muslimah, kaset ceramah motivasi dll. Mereka juga pernah menerbitkan video musikal bertajuk Permata Hati yg diterbitkan oleh saudara Farihin Abd Fatah, didalam video tersebut ada pentomen, nasyid berirama dan sajak. Pada waktu yang sama Nadamurni juga telah memperkenalkan artis pertama di bawah naungan OVA Production yaitu The Zikr diaantara anggota asal the zikr ialah
-Nazri Johanee(sabah)
-Zaeree
-Abu bakar
-Soleh
-Azman(sabah)
Dan antara artis-artis/kumpulan nasyid dibawah naungan Ova Production seperti:
-Suara Smakl(juga dikenali sebagai Anugerah)
-The zikr
-Nadamurni II(anak-anak)
-Shotussofwa
-Nada Athirah
-Qotrunnada(muslimah)
-Dll
Semenjak bergabungnya Ust Farihin Abd Fatah kedalam Ova Production, banyak pembaharuan yg dapat dilihat, beliau berkongsi ide dengan saudara Waharp Yusof, Sohibul Fadhil, Dinie Juri dll. Mereka bekerja didalam satu team work dan hasilnya Nadamurni semakin diterima oleh masyarakat terutama masyarakat kampus. Lagu-lagu nadamurni juga sudah mulai didengar di radio-radio dan tv. Meraka juga telah mengadakan perlombaan nasyid tahunan untuk seluruh yayasan alarqam malaysia. Diantara juara-juara nasyid untuk perlombaan tersebut ialah
-Kumpulan nasyid Yayasan Alarqam Kg Sempadan Pahang
-Kumpulan nasyid Yayasan Alarqam Bt Hampar Perak(kategori kanak2)
Mereka juga mewujudkan perkampungan kebudayaan. Terletak di Yayasan Alarqam Sungai Serai Selangor untuk memudahkan usaha mereka untuk memartabatkan kebudayaan islam. Mereka juga sudah mula mendapat undangan-udnangan dari luar negera diantaranya
-London
-Turki
-Uzbekistan
-Thailand
-Indonesia
-Dll
Anggota-anggota kumpulan ini juga saling silih berganti. Pelantikan Ust Munif Ahmad sebagai vokalis kedua juga menampakkan hasil. Mereka semakin mengancam. Dan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengisi kekosongan karena senantiasa ada pelapis baru yangtelah siap sedia. Yang paling unik nya ialah, mereka boleh membuat persembahan hingga 3 atau 4 persembahan pada satu waktu yang sama, anggota asal berpecah menjadi 4 dan mereka akan bergabung dengan kumpulan-kumpulan nasyid dari yayasan alarqam yang berdekatan untuk dijadikan nadamurni juga. Disinilah kreatifnya mereka sekali lagi. Disini kami sertakan diantara kumpulan-kumpulan nasyid Yayasan Alarqam di seluruh negara diantaranya:
-Nada Shahdu-Yayasan Alarqam Sg Ular Kuantan
-Syifaussudur-Yayasan Alarqam Bt Hampar Perak
-Abrar-Yayasan Alarqam Kg Talang Kuala Kangsar Perak
-Nada Athirah-Yayasan Alarqam Titi Tinggi Perlis
-Hawari-Yayasan Alarqam Kg Sempadan Lanchang Pahang
-Dll
Namun, pada tahun 1994 ketika Alarqam dan Aurad Muhammadiah diharamkan, kumpulan-kumpulan ini dibubarkan. Ketika itu ramai diantara mereka mencari haluan masing-masing. Tetapi sebenarnya mereka tidak hilang. Mereka bertekad untuk bangkit seperti dahulu, tetapi dengan penampilan yg amat berbeda. Penampilan yang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Jika dulu mereka berpakaian jubah putih dan serban hitam, kini mereka sesuaikan cara pakaian mereka dengan kameja, kot, jubah dan kopiah yg beraneka warna. Artis-artis Ova Production juga telah berpecah untuk mewujudkan kumpulan baru, mereka membuat penamaan sekali lagi. Diantara kumpulan-kumpulan tersebut ialah
-Rabbani-Nadamurni
-Hijjaz-Nadamurni dan The Zikr
-Raihan-The Zikr
-Now See Heart-Suara Smakl
-Jauhari-Nada Athirah
-Ust Amaluddin bergerak secara solo
-Mawaddah-Muslimah
-Dll
Diantara mereka yang aktif bermain alat musik dan backup artis seperti
-Hamzah-Nadamurni
-Rosdy-Nadamurni II
-Dll
Dan selebihnya ada yang bekerja sebagai juru audio, penerbit, pendawai elektrik dan sebagainya. Walau apapun kerja yang mereka lakukan sekarang harap sentiasa dirahmati dan diredhai, juga mengharap mendapat rezeki yang halal. Begitulah serba sedikit secara ringkas nya sejarah dan perjuangan Nadamurni. Bagi saya pengalaman mereka sangat unik dan tak dapat dirasakan oleh yg lainnya :). Akhir kata mohon maaf kalau ada salah kata, fakta, bahasa yang menyinggung perasaan. Kebenaran datangnya dari Allah dan kesalahan merupakan kedhaifan dari saya sendiri, Mohon maaf.
Wassalam.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
kena la bg kredit pada nadamurni.blogspot
Posting Komentar