Assalamu'alaikum ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  Nurisfm Network
Naskah tentang Ilmu Agama Islam dalam media ini diambil dan disusun dari berbagai sumber. Tidak tercantumnya sumber dan penulis, bermaksud untuk penyajian ilmu yang 'netral' semata. Mudah-mudahan menjadikan amal baik bagi penulisnya dan mendatangkan kebaikan bagi sesama. Kelemahan dan kekurangan serta segala yang kurang berkenan dihati mohon dimaafkan. Apabila ada pihak yang keberatan atau merasa dirugikan dimohonkan menghubungi Admin (Abu Azka). Dan untuk naskah-naskah ilmu pengetahuan umum, Insya Allah akan dicantumkan sumber dan atau penulisnya. Mohon Maaf sebelumnya, sekian dan terima kasih ^-^

Profile Nasyid: NUR IRSYAD

Written By Rudianto on Minggu, 12 Juni 2011 | 18.45


Nur Irsyad (NI) yang berarti Cahaya Petunjuk didirikan pada bulan Juni 2000 untuk proyek dana pembangunan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah. Album pertama Nur Irsyad berjudul Nur Irsyad yang dilauching pada awal 2001 di Singapura dan Malaysia di bawah naungan syarikat pengedaran Telaga Biru Sdn Bhd telah berhasil mencatat penjualan sebanyak 15,000 unit, yaitu 4,000 unit di Singapura dan 11,000 unit di Malaysia.

Pada awalnya, Nur Irsyad terdiri dari enam orang remaja Singapura yang menuntut di Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah. Pada tahun 2004, Nur Irsyad telah melalui rombakan anggota dan mengambil dua orang anggota baru dari Malaysia. Kini Nur Irsyad terdiri dari Nor Muhammad bin Ali, Muhammad Izzaki bin Nasir (kedua-duanya anggota asal Nur Irsyad dari Singapura), Nik Ahmad Afham bin Nik Abdullah dari Kelantan dan Mohd Rozaini bin Mohd Rahim dari Pahang. Nor dan Aki telah bekerja di Singapura, sementara Afham dan Zai merupakan Mahasiswa tahun akhir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sejak 2001 sehingga kini, Nur Irsyad sudah memiliki 4 album dan setiap album diterbitkan untuk tujuan amal.

Album pertama Nur Irsyad yang berjudul Nur Irsyad [2001] diterbitkan untuk mencari dana bagi pembangunan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah di Singapura. Album seterusnya Amanah Remaja [2004], Nazam Ma'rifatullah [2007] dan Nazam Hakikat [2009] merupakan hasil terbitan kami sendiri untuk tujuan mencari dana bagi Badan-Badan Islam dan masjid-masjid di sini, di mana sebahagian dari hasil penjualan cd ini kami salurkan kepada pihak-pihak yang menjualkannya. Album terbaru kami, Nazam Hakikat memuatkan 10 buah qasidah mengenai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. dikarang oleh Hj. Hussien Abdul Latiff, seorang Peguam di Singapura dan dirakam di studio kami di
Singapura.

Selain dari mencari dana, lagu-lagu dari album-album kami juga digunakan untuk memberi hiburan alternatif bagi masyarakat Islam khususnya buat para remaja kita di mana kami juga menganjurkan program-program belia seperti program motivasi, kursus-kursus seni Islam seperti kursus bacaan Al-Quran, Tarannum, bengkel nasyid, kursus vokal dan juga perkusi.

Visi:
Seni Hiburan Alternatif.
Misi:
Bersama membudayakan dan mengekalkan seni hiburan alternatif yang berlandaskan
ajaran Islam.
Konsep Album:
Easy Listening, inspirasi dan ketuhanan.
Untuk keterangan lanjut sila lungsuri lelaman www.clubni.multiply.com atau search
‘Nur Irsyad’ di Laman Facebook atau hubungi:

Wakil kami di Singapura:
Puan Faridah binti Ahmad [Manager]
Tel: +6593872467
Email : idahni@live.com

Wakil kami di Malaysia:
Nik Ahmad Afham bin Nik Abdullah
Tel: 012-9774749
Email: afham_n@yahoo.com

0 komentar:

Posting Komentar