Assalamu'alaikum ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  Nurisfm Network
Naskah tentang Ilmu Agama Islam dalam media ini diambil dan disusun dari berbagai sumber. Tidak tercantumnya sumber dan penulis, bermaksud untuk penyajian ilmu yang 'netral' semata. Mudah-mudahan menjadikan amal baik bagi penulisnya dan mendatangkan kebaikan bagi sesama. Kelemahan dan kekurangan serta segala yang kurang berkenan dihati mohon dimaafkan. Apabila ada pihak yang keberatan atau merasa dirugikan dimohonkan menghubungi Admin (Abu Azka). Dan untuk naskah-naskah ilmu pengetahuan umum, Insya Allah akan dicantumkan sumber dan atau penulisnya. Mohon Maaf sebelumnya, sekian dan terima kasih ^-^

Buat Adam dari Hawa

Written By Rudianto on Jumat, 25 Februari 2011 | 17.52


Adam,
Maafkan ana jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya ana adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
ana asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana ana buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan ana,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan ana.
Tapi.....ana risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
ana sejak dulu lagi sudah tahu bahawa ana
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
ana tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik ana,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga ana,
memerhati dan mengawasi ana agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
ana dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki ana tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa ana keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan ana begini?
ana jadi ibu, ana jadi guru, itu sudah tentu katamu.
ana ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, ana ke muka menguruskan hal negara,
ana ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja ana panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan ana adalah makmummu,
ana adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah ana.
Jika kau lalai, lalailah ana.
Kau punya kelebihan akal manakala ana kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
ana...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana ana sering lupa dan lalai,
sering ana tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar ana menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya ana masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......
Buat Adam dr Hawa.........

Adam,Maafkan ana jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya ana adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.ana asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana ana buruan syaitan.
Adam,Maha suci Allah yang mentakdirkankaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.Jika bilangan kaummu mengatasai kaumkunescaya merahlah dunia kerana darah manusia,kacau-bilaulah suasana,Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabilsehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allahyang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satutapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan ana,bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan ana.Tapi.....ana risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.ana sejak dulu lagi sudah tahu bahawa anamesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,ana tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakankaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.Kau diberi amanah untuk mendidik ana,kau diberi tanggungjawab untuk menjaga ana,memerhati dan mengawasi ana agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,ana dan kaumku telah ramai menderhakaimu.Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah mengkehendaki ana tinggal tetap dirumah.Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.Jika terpaksa ana keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutupdari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.Adam..... mengapa kau biarkan ana begini?ana jadi ibu, ana jadi guru, itu sudah tentu katamu.ana ibu dan guru kepada anak-anakmu.Tapi sekarang diwaktu yang sama, ana ke muka menguruskan hal negara,ana ke hutan memikul senjata.Padahal, kau duduk saja.Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.Kau perhatikan saja ana panjat tangga di pejabat bomba,kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,maka Adam yang patut tanggung!Kenapa? Mengapa begitu ADAM?Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata,Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku samaseperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....Kau sebenarnya imam dan ana adalah makmummu,ana adalah pengikut-pengikutmukerana kau adalah ketua.Jika kau benar, maka benarlah ana.Jika kau lalai, lalailah ana.Kau punya kelebihan akal manakala ana kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu.ana...akalku satu nafsuku beribu!Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana ana sering lupa dan lalai,sering ana tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar ana menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,Andainya ana masih lalai dengan karenahmu sendiri,masih segan mengikut langkah para sahabat,masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiridan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

0 komentar:

Posting Komentar