Assalamu'alaikum ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  Nurisfm Network
Naskah tentang Ilmu Agama Islam dalam media ini diambil dan disusun dari berbagai sumber. Tidak tercantumnya sumber dan penulis, bermaksud untuk penyajian ilmu yang 'netral' semata. Mudah-mudahan menjadikan amal baik bagi penulisnya dan mendatangkan kebaikan bagi sesama. Kelemahan dan kekurangan serta segala yang kurang berkenan dihati mohon dimaafkan. Apabila ada pihak yang keberatan atau merasa dirugikan dimohonkan menghubungi Admin (Abu Azka). Dan untuk naskah-naskah ilmu pengetahuan umum, Insya Allah akan dicantumkan sumber dan atau penulisnya. Mohon Maaf sebelumnya, sekian dan terima kasih ^-^

KESALAHAN

Written By Rudianto on Senin, 02 Mei 2011 | 12.25


Biasanya manusia akan merasa sesal dengan kesilapan atau kesalahannya. Lebih-lebih lagi jika kesalahan atau kesilapan itu berlaku di hadapan khalayak ramai dan memalukan diri kita. Kita akan segera terfikir di manakah kita mampu meletakkan muka dan menyembunyikan wajah kita. Malah mungkin ada antara kita yang terfikir untuk melarikan diri atau menyembunyikan diri. Semuanya untuk menjaga harga diri serta ego yang mungkin ternoda dengan kesilapan kita. Manusia yang berjiwa besar tidak akan mendekati keadaan itu. Sebaliknya segala kesilapan dan kesalahannya akan dijadikan motivasi untuk bergerak dengan lebih maju. HAMKA pernah berkata, “ Kejayaan yang kekal selalunya terbina di atas puing- puing kegagalan” Muslim yang yakin kepada Robbnya yakni Allah, mu’min yang hidupnya mengharapkan hanya keridhaanAllah, maka dia tidak akan sesekali merasakan kesilapan adalah satu perkara yang mengaibkan. Malah kesilapan merupakan hentian untuk dirinya bermuhasabah. “ Janganlah kamu sesekali berputus asa dengan rahmat AllahH” “ Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik pelaku kesalahan adalah mereka yang sering bertaubat".

Setiap manusia tidak akan terlepas dari kesilapan. Malahbanyak pula yang menemui kegagalan di dalam kehidupan. Namun sedikit sekali yang bangun dari kesilapan mereka dan bangkit dari kegagalan mereka.

“ ....dan sedikit sekali antara mereka yang mengambil pengajaran” Maka janganlah kita segan dan melarikan diri apabila kita melakukan kesilapan atau kesalahan. Janganlah kita kecewa sekiranya kita menemui kegagalan.

Ambillah kesilapan, kesalahan dan kegagalan kita sebagai satu pengalaman, pengajaran dan motivasi untuk lebih maju dan meningkat. Lebih-lebih lagi jika kesilapan itu berlaku kepada perkara yang pertama kali kita lakukan. Jika kesalahanatau kegagalan itu berlaku kepada perkara yang sering kita lakukan, maka hendaklah kita mengambil masa untuk menganalisis semula perkara itu dan membuat perancangan yang lebih rapi. Janganlah sesekali kita berpegang lama pada kesilapan dan kesalahan serta kegagalan. Bangkit dan lakukanlah perubahan.

0 komentar:

Posting Komentar