Assalamu'alaikum ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  Nurisfm Network
Naskah tentang Ilmu Agama Islam dalam media ini diambil dan disusun dari berbagai sumber. Tidak tercantumnya sumber dan penulis, bermaksud untuk penyajian ilmu yang 'netral' semata. Mudah-mudahan menjadikan amal baik bagi penulisnya dan mendatangkan kebaikan bagi sesama. Kelemahan dan kekurangan serta segala yang kurang berkenan dihati mohon dimaafkan. Apabila ada pihak yang keberatan atau merasa dirugikan dimohonkan menghubungi Admin (Abu Azka). Dan untuk naskah-naskah ilmu pengetahuan umum, Insya Allah akan dicantumkan sumber dan atau penulisnya. Mohon Maaf sebelumnya, sekian dan terima kasih ^-^

Kesempurnaan Diri Seorang Muslim

Written By Rudi Abu azka on Rabu, 10 Agustus 2011 | 08.47


Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata:

Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah
menyatakan tujuannya :

”Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”


Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : ”Tanyalah apa yang engkau kehendaki “


Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang alim.

Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku ingin menjadi orang paling kaya.

Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri sendiri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang adil.

Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang paling baik.

Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku ingin menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan dzikrullah niscaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku ingin disempurnakan imanku.

Baginda S.A.W menjawab : Baikkanlah akhlakmu niscaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajiban yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku ingin berjumpa Allah dalam keadaan bersih dari dosa.

Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu dari dosa niscaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci dari dosa.

Dia berkata : Aku ingin dihapuskan segala dosaku.

Baginda S.A.W menjawab : Banyaklah beristighfar niscaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu.

Dia berkata : Aku ingin menjadi semulia-mulia manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan berprasangka pada orang lain niscaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata : Aku ingin menjadi segagah-gagah manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa berserah diri (tawakkal) kepada Allah niscaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku ingin dimurahkan rezeki oleh Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadast) niscaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata : Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.

Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

Dia berkata : Aku ingin diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain niscaya engkau akan selamat dari kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku ingin diterima segala permohonanku.

Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata : Aku ingin agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S.A.W menjawab : Tutupilah keburukan orang lain niscaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang selamat dari dosa?

Baginda S.A.W menjawab : Orang yang senantiasa mengalirkan air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah kebaikan terbesar di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Baik budi pekerti, rendah diri dan sabar menghadapi cobaan Allah.

Dia berkata : Apakah kejahatan terbesar di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi dan menghubungkan persaudaraan

Dia berkata : Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam
Mustaghfirin: aku tidak pernah
menjumpai hadis yang besar dan
merangkumi kesempurnaan agama
dan bermanfaat selain hadits ini...

0 komentar:

Posting Komentar